Sunday, 29 December 2013

Posted by Unknown | File under :









 
 Terima kasih pada tuan rumah, Farith Amiruddin yang sudi menjemput sahabat SSI Akrab ke Santai BBQ di rumah beliau pada 28 Disember 2013.



Kehadiran sahabat SSI Akrab, Pengiran Ismail dari Tawau (kiri) bersama Atong.



 

Siti Marian, junior SSI bersama suami dan abang ipar Farith Amiruddin.

Buah tangan dari Tawau, rumpai laut! Terima kasih Peng!



Terima kasih pada sahabat SSI Akrab yang sudi meluangkan masa bersama!


 photo Logo-AKRAB_bottom.gif

Wednesday, 11 December 2013

Posted by Unknown | File under :

Azim dan Halim.

Halim dan Farith.

Atong dan Mohd Noorhisham.

Lepak sembang di Restoran Pelita Nasi Kandar, Seksyen 9, Shah Alam. Berbincang tentang Rancangan Usahasama Perniagaan SSI Aqcrub mengenai projek kemeja - contoh kain dan kemeja. Sahabat meneliti isi kandungan perjanjian rakan kongsi.


 photo Logo-AKRAB_bottom.gif

Monday, 2 December 2013

Posted by Unknown | File under :

Selepas menghadiri majlis persandingan adik Sue, kami semua melepak sembang di Restoran Kalam, Nong Chik Heights yang sekangkang kera jaraknya dengan rumah Mohd Noor pada malam itu.

Azhar, Taufit, Mohd Noorhisham, Farith dan Mosya galak bergebang. Kemudian Jais dan Sue datang menyusul. Sue yang sememangnya penat menguruskan majlis tiba mengambil ruang dan merehatkan diri bersama sahabat-sahabat.

Gebang berhasil menjadi satu keputusan!

Tika hendak bersurai, kami merancang untuk mengait buah rambutan di rumah Mohd Noorhisham keesokan petangnya..

...Esoknya, Farith serta keluarga tiba lebih kurang jam 2:00 petang. 

 
 Pohon rambutan yang ditanam oleh arwah ayah Mohd Noorhisham
di Jalan Kemuncak 2, Taman Nong Chik.


 "Abang, mau potong rumput ka?"

Hasil tuaian rambutan gading.


 photo Logo-AKRAB_bottom.gif
Posted by Unknown | File under :
Majlis perkahwinan adik perempuan Mukhalsa Suriyani,
Rabiatul Adauwiyah Mohd Kamal dan Mohd Khairil Adha Zulizairi.

  Malam majlis berinai bertempat di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada 29 Nov 2013 jam 10:00 malam

 Sue Kamal, Farith, Mohd Noorhisham, Azhar, Jeff, Aizul (abang ipar Farith), Jais dan Taufit. Hadir tetapi tiada dalam gambar - Mosya, Ibrahim dan Razak.



Majlis persandingan bertempat di Dewan Kekatong, Galeri Glulam, Jalan Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 30 Nov 2013 jam 8:00 malam.

Azhar, Taufit dan Rizal.

Azhar, Mosya dan Rizal.

Bertemu kembali Azwan Ahmat bersama Sue dan Mohd Noorhisham.

Haliza dan anak bersama isteri Farith dan isteri Razak, Norzehan (bertudung kuning).

Berdiri dari kiri: Farith dan Razak.
Duduk dari kiri: Rizal, Adzuan (emcee majlis), Mohd Noorhisham, Taufit dan Azhar.

Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin baru.

Kami SSI Akrab mengucapkan
"Selamat Pengantin Baru"
Mudahan senda seloka sentiasa memekarkan rasa cinta
dan beroleh rahmat serta zuriat yang baik lagi soleh!



 photo Logo-AKRAB_bottom.gif

Wednesday, 13 November 2013

Posted by Unknown | File under :
Atas cadangan sahabat yang prihatin dan muafakat, kita, SSI Akrab dengan ikhlas melancarkan serta membentuk "Tabung Sahabat Sesama Ihsan" bagi tujuan mengumpul dana bagi kegunaan kebajikan sesama sahabat dan khairat kematian.

Sudilah para sahabat bersama-sama bergandingan berinfak bagi membantu sahabat yang memerlukan sokongan.

Atas kesempatan ini, SSI Akrab menyeru sahabat menyampaikan infak bagi membantu sahabat kita.

Pemegang Amanah: Mukhalsa Suriyani binti Kamal (Sue Kamal).


 photo Logo-AKRAB_bottom.gif

Thursday, 7 November 2013

Posted by Unknown | File under :
Kesempatan cuti hujung minggu yang panjang sempena perayaan Deepavali dan Awal Muharram, kami merancang untuk berjumpa dengan sahabat yang berkelapangan waktu.

Pada mulanya kami ingin berkumpul di Samlivate Cafe di Kg. Melayu. Malangnya Nazrin perlu menghadiri jemputan majlis perkahwinan. Lokasi ditukar ke La Mina Cafe di Jalan Harimau Tarum di mana pemiliknya adalah pelajar junior SSI JB, Hyffny.

 
Dari kiri: Azhar, Rafizah, Hasrin, Badrulhisham, Mohd Noorhisham, Hyffny dan Ibrahim.
Mosya - tukang ambil gambar.

Azhar rancak berbicara pengalaman hidupnya dan berusaha untuk berkongsi bersama para sahabat untuk memajukan diri dan pemikiran.


 
Disebabkan kafe ditutup pada jam 10:00 malam membuatkan kami berpindah lokasi ke restoran mamak yang berdekatan. Ketika ini Sue Kamal hadir bersama dua orang anaknya. Sembang mengenai perancangan percutian santai Sahabat SSI Akrab ke Pualau Tioman yang dijangkakan pada cuti persekolahan bulan Mac 2014.

Keesokan malamnya, selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, Mosya, Badrulhisham dan Mohd Noorhisham menjemput Jais di Hotel Selesa Johor Bahru, buat pertama kalinya selepas 23 tahun meninggalkan bumi Johor Bahru, datang atas urusan kerja.

Kami kemudian ke Samlivate Kafe di Kg. Melayu, di mana Nazrin dan Ibrahim telah sedia menunggu. Mula berbicara dan berkongsi pengalaman dan pemikiran Jais. Kami pula memperjelaskan misi dan visi penyatuan sahabat SSI Akrab.

Jais.

Dari kiri: Badrulhisham, Jais, Mohd Noorhisham, Nazrin dan Ibrahim.
Mosya - tukang ambil gambar.
 

 photo Logo-AKRAB_bottom.gif

Monday, 2 September 2013

Posted by Unknown | File under : , , ,



 photo Logo-AKRAB_bottom.gif