Selepas menghadiri majlis persandingan adik Sue, kami semua melepak sembang di Restoran Kalam, Nong Chik Heights yang sekangkang kera jaraknya dengan rumah Mohd Noor pada malam itu.
Azhar, Taufit, Mohd Noorhisham, Farith dan Mosya galak bergebang. Kemudian Jais dan Sue datang menyusul. Sue yang sememangnya penat menguruskan majlis tiba mengambil ruang dan merehatkan diri bersama sahabat-sahabat.
Gebang berhasil menjadi satu keputusan!
Tika hendak bersurai, kami merancang untuk mengait buah rambutan di rumah Mohd Noorhisham keesokan petangnya..
...Esoknya, Farith serta keluarga tiba lebih kurang jam 2:00 petang.

Pohon rambutan yang ditanam oleh arwah ayah Mohd Noorhisham
di Jalan Kemuncak 2, Taman Nong Chik.
di Jalan Kemuncak 2, Taman Nong Chik.
"Abang, mau potong rumput ka?"
Hasil tuaian rambutan gading.

0 comments:
Post a Comment